JOHOR BAHRU, 30 Jan: Ketua-ketua Penerangan Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Johor mengutuk tindakan dua mantan Ahli Dewan Undangan Negeri yang keluar parti itu selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan.
Dalam kenyataan bersama Ketua-Ketua Penerangan Bahagia BERSATU di sebelah utara Johor, mereka sebulat suara berkata: “Tindakan mereka ini sudah dijangka, serta tidak menjejaskan perpaduan BERSATU Johor dan ukhuwah Perikatan Nasional,” kata mereka dalam satu kenyataan, hari ini.
Mereka turut membuat ketetapan bersama menyokong penuh Resolusi Muzakarah PAS – BERSATU bertarikh 28 dan 29 Januari 2022 yang membuat ketetapan akan bersama menyertai pilihan raya negeri Johor atas nama Perikatan Nasional, demikian kata Ketua Penerangan BERSATU Pagoh, Ledang, Labis, Muar, Bakri, Batu Pahat, Sembrong, Segamat, Sri Gading serta Air Hitam menerusi kenyataan itu.