Maklumat Terkini

    Dapatkan maklumat, berita dan info terkini dari masa ke masa melalui email anda. Subscribe sekarang!

    Pilihan Sensasi

    PAS akan terus santuni rakyat Johor – Haji Hadi

    March 13, 2022

    SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA BANGSA JOHOR

    March 13, 2022

    Perikatan Nasional terima keputusan PRN Johor – Muhyiddin

    March 13, 2022
    Facebook Twitter Instagram YouTube TikTok Telegram
    Facebook Twitter Instagram
    Info Johor Info Johor
    • Utama
    • Berita
      1. Ekonomi
      2. Global
      3. Hiburan
      4. Politik
      5. Selektif
      6. Setempat
      7. Sukan
      8. Terkini
      9. Umum
      Featured

      PAS akan terus santuni rakyat Johor – Haji Hadi

      By iJohorMarch 13, 2022
      Recent

      PAS akan terus santuni rakyat Johor – Haji Hadi

      March 13, 2022

      SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA BANGSA JOHOR

      March 13, 2022

      Perikatan Nasional terima keputusan PRN Johor – Muhyiddin

      March 13, 2022
    • Rencana
      1. Gaya Hidup
      2. Hobi
      3. Pelancongan
      4. Personaliti
      5. Sejarah
      Featured

      Nilai dan falsafah secangkir kopi Rindu Café di Simpang Wa Ha

      By Mohd Kamal AhmadJanuary 15, 2022
      Recent

      Nilai dan falsafah secangkir kopi Rindu Café di Simpang Wa Ha

      January 15, 2022

      Kolam padang bola menanti kaki pancing di Sedili

      December 26, 2021

      Wandarisnor: Pakar buat, baiki alat muzik rosak

      December 25, 2021
    • Idea
    • Rakyat
      1. Aduan
      2. Susulan
      Featured

      Lorong belakang rumah tidak diselenggara

      By iJohorOctober 15, 2021
      Recent

      Lorong belakang rumah tidak diselenggara

      October 15, 2021

      Mantapkan imej Bandaraya Johor Bahru

      October 12, 2021
    • Pandangan
      1. Editorial
      2. Kolumnis
      3. Pandangan Umum
      Featured

      Felda: Simpanan tetap BN?

      By iJohorFebruary 20, 2022
      Recent

      Felda: Simpanan tetap BN?

      February 20, 2022

      1001 onar UMNO: Berlagak suci, tubuh bergelumang …

      February 15, 2022

      Ledakan tsunami politik, angkat Muhyiddin jadi PM selepas PRU-15

      February 12, 2022
    • Wacana
      1. Diskusi
      2. Forum
      Featured

      Jangan sampai bertongkat paruh

      By iJohorOctober 26, 2021
      Recent

      Jangan sampai bertongkat paruh

      October 26, 2021

      Buka Sempadan: Singapura Terus Tutup?

      October 17, 2021
    • Arkib
      1. Koleksi Gambar
      2. Koleksi Video
      Featured
      Recent
    • Hubungi Kami
    Info Johor Info Johor
    Home»Pandangan»1001 onar UMNO: Berlagak suci, tubuh bergelumang …
    Pandangan

    1001 onar UMNO: Berlagak suci, tubuh bergelumang …

    Mohd Kamal AhmadBy Mohd Kamal AhmadFebruary 15, 2022No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn WhatsApp Pinterest Email

    SYABAS dan terima kasih kepada sahabat saya, YB Mohd Solihan Badri, Ketua Penerangan Perikatan Nasional Johor yang dalam satu kenyataan baru-baru ini dengan tegas memperjelaskan bahawa musuh sebenar Perikatan Nasional adalah sifat buruk yang sudah sebati dalam pimpinan UMNO sehingga merosakkan sistem masyarakat, tadbir urus dan maruah negara.

    Apa yang ditegaskan Mohd Solihan itu, secara langsung menjawab persoalan sebahagian orang tentang sikap kita dalam BERSATU terhadap parti itik tempang itu sehingga ada yang bertanya, jika kita memusuhi UMNO kenapa kita membentuk Kerajaan Perikatan Nasional bersama parti tersebut pada Mac 2020 lalu? Dan kenapa pula kita masih terus menyokong Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, yang ada pada hari ini?

    Kita kena faham UMNO dan pimpinannya adalah dua entiti berbeza. Kita bersaing dengan UMNO tetapi kita tidak pula memusuhi parti tersebut secara khusus. Di kalangan saudara mara dan kawan rakan kita pun ramai ahli UMNO. Tidak kira apa pun terjadi, pertalian antara kita dan mereka tetap kekal.

    Yang menjadi masalah, kita musuhi dan lawan sampai tercabut akarnya adalah pemimpin-pemimpin UMNO yang buruk laku – korup, putar belit dan berlagak suci seperti kata Solihan, yang sebati dengan sifat-sifat buruk. Mereka ini pada hakikatnya bukan sahaja musuh kita tetapi musuh pada setiap rakyat yang mahu melihat negara ini kembali bermaruah di bawah pimpinan manusia yang mementingkan akhlak, mengutamakan ketulusan dan menjunjung ketelusan.

    Adalah menjadi kewajipan kita dan setiap rakyat yang sayangkan negara ini menyekat puak berperangai buruk ini daripada berkuasa. Cukup-cukuplah membiarkan mereka memperbodohkan rakyat dan merosakkan negara dengan 1001 onar ketika diberi peluang berkuasa dahulu.

    Dengan apa cara pun, kita perlu terus menyedarkan rakyat supaya jangan lagi terpedaya dengan tipu helah makhluk perosak ini. Kita pernah melihat selama puluhan tahun bagaimana puak ini boleh buat apa sahaja sewenang-wenangnya.

    Kakitangan kerajaan yang tidak sealiran dengan mereka misalnya boleh ditukar atau dimasukkan ke bilik sejuk hanya dengan satu panggilan telefon. Malah Timbalan Perdana Menteri dan menteri kabinet pun mereka pecat hanya kerana memperjuangkan ketelusan. Campur tangan mereka berlaku di mana-mana, di semua peringkat. Serba-serbi perlu mengikut kemahuan dan kehendak mereka dengan membelakangkan peraturan, malah kadang-kadang undang-undang.

    Kita tidak boleh membiarkan negara ini kembali kepada keadaan itu. Malaysia perlu dibebaskan terus daripada cengkaman individu-individu yang berlagak dewa.

    Kita semua juga tentu masih ingat bagaimana buruknya budaya pendewaan yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin rosak akhlak itu dahulu. Pada zaman mereka, datang mesti bersambut,makan mesti diangkat. Dalam banyak keadaan mereka menjadi ‘the untouchable’ atau tidak boleh disentuh.

    Perangai itu bukan hanya menjadi amalan kepimpinan peringkat tertinggi tetapi juga membarah hingga ke pemimpin bawahan. Jangan kata ketua bahagian, yang jadi ketua cawangan pun ramai yang angkuhnya mengalahkan dewa kayangan. Berlagak tak tentu kalu, kata orang Kedah.

    Mereka inilah pengkhianat sebenar. Mereka mengkhianati perjuangan dan aspirasi Bangsa Melayu yang selama puluhan tahun memberi kepercayaan kepada mereka. Jadi apabila penasihat mereka, orang yang diputuskan bersalah oleh empat hakim di dua mahkamah itu cuba menuding jari kepada Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengkhianat, maka dia sebenarnya cuba memalingkan muka dari cermin. Atau sebenarnya cermin pun tak sanggup tengok muka dia!

    Orang ini dan konco-konconya sedang berusaha untuk membuat ‘comeback’ sekarang. Mereka terus mahu memperbodohkan rakyat dengan perjuangan palsu yang pada dasarnya berasaskan prinsip rakyat secubit, mereka sekarung. 

    Saya ulangi sekali lagi bahawa menyekat langkah mereka ini adalah tuntutan ke atas kita semua yang sayangkan negara ini. Sebab itu, apabila Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin membuat kenyataan Presiden BERSATU ketiadaan modal kerana asyik mengungkit soal kluster mahkamah, ia memberi cerminan tentang betapa dangkalnya akal bekas Menteri Besar yang tumpas di kerusi Parlimen dan DUN pada PRU-14 itu.
     
    Khaled patut diberitahu bahawa bukan hanya Muhyiddin malah seluruh rakyat Malaysia yang bermaruah akan terus menyebut dan mengungkit soal kluster mahkamah ini kerana urusan kami dan rakyat negara ini dengan mereka belum selesai.

    Perang kami terhadap mereka dan sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan mereka belum berakhir. Kami tidak mahu negara ini jatuh ke tangan orang-orang yang salah. Dan kami lebih tidak mahu ia terlepas ke tangan orang yang terang-terang didapati bersalah tetapi masih berlagak suci walaupun seluruh tubuhnya bergelumang tahi!

    LT KOL BERSEKUTU (PA) ABDUL RAZAK KHAMIS
    Ketua Bahagian BERSATU Pendang

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Mohd Kamal Ahmad

    Related Posts

    SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA BANGSA JOHOR

    March 13, 2022

    JOM MENGUNDI PRN JOHOR

    March 12, 2022

    Perikatan Nasional nafi surat tular kaitkan Muhyiddin, parti

    March 11, 2022

    ‘Cikgu Muna’ manfaat tempoh kempen selami masalah rakyat

    March 11, 2022

    Tetapkan nawaitu mengundi esok tubuh kerajaan berintegriti – Muhyiddin

    March 11, 2022

    N49 Kota Iskandar: Khidmat khas Samsudin untuk penduduk

    March 11, 2022
    Add A Comment

    Leave A Reply Cancel Reply

    Hangat

    PAS akan terus santuni rakyat Johor – Haji Hadi

    By iJohorMarch 13, 2022

    JOHOR BAHRU, 13 Mac: PAS bersama Perikatan Nasional, menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor…

    SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA BANGSA JOHOR

    March 13, 2022

    Perikatan Nasional terima keputusan PRN Johor – Muhyiddin

    March 13, 2022

    JOM MENGUNDI PRN JOHOR

    March 12, 2022
    Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • Telegram
    Pilihan Terkini

    PAS akan terus santuni rakyat Johor – Haji Hadi

    March 13, 2022

    SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA BANGSA JOHOR

    March 13, 2022

    Perikatan Nasional terima keputusan PRN Johor – Muhyiddin

    March 13, 2022

    JOM MENGUNDI PRN JOHOR

    March 12, 2022

    Maklumat Terkini

    Dapatkan maklumat, berita dan info terkini dari masa ke masa melalui email anda. Subscribe sekarang!

    RUANGAN IKLAN
    Informatif, Telus, Terkini

    Dipenuhi dengan informasi yang telus dan terkini kami bawakan kepada anda sebagai pencetus kepada jaringan pengetahuan tanpa batasan.

    Emel: salam@infojohor.com.my
    Telefon: +607-244 1036

    Pilihan Terkini
    Ulasan Terkini
      Facebook Twitter Instagram YouTube TikTok Telegram
      • Utama
      • Berita
      • Rencana
      • Idea
      • Rakyat
      • Pandangan
      • Wacana
      • Arkib
      © 2022 infojohor.com.my

      Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.