Author: iJohor

JOHOR BAHRU, 13 Mac: PAS bersama Perikatan Nasional, menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan hati yang lapang, dan akan terus menyantuni rakyat berdasarkan peningkatan sokongan yang ketara di kebanyakan kerusi yang ditandingi. Presidennnya, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan berkata, pada kesempatan ini, PAS mengucapkan terima kasih kepada petugas Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), juga jentera parti yang bertugas dalam memastikan proses pilihan raya berjalan dengan lancar dan selamat. PAS, kata beliau, turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Johor yang telah mengundi calon-calon Perikatan Nasional, khususnya yang dikemukakan…

Read More

JOHOR BAHRU, 13 Mac: Perikatan Nasional mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr Sahruddin Jamal (N07 Bukit Kepong), Abdul Aziz Talib (N.15 Maharani), dan Alwiyah Talib (N.32 Endau) atas kemenangan di kerusi yang ditandingi. Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh pengundi di DUN Bukit Kepong, Maharani, Endau dan semua pengundi seluruh Johor yang telah memberikan sokongan jitu serta kepercayaan kepada Perikatan Nasional. Semoga Allah SWT membalas jasa besar anda semua. Tidak dilupakan kepada seluruh petugas-petugas, jentera dan semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan aspirasi bersama melestarikan masa depan Johor yang gilang gemilang, jutaan terima kasih kami…

Read More

TANGKAK, 11 Mac: Setiap pengundi mesti memikirkan tujuan mereka keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor esok adalah untuk membentuk sebuah kerajaan negeri baharu yang berintegriti, bersih, cekap dan prihatin, kata Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau menegaskan, kerajaan negeri yang hendak dibentuk juga perlu dipastikan tidak terpalit dengan isu-isu penyalahgunaan kuasa serta rasuah. “Pengundi di Johor ini mesti membuat keputusan yang tepat supaya hajat dan nawaitu mereka untuk membentuk kerajaan yang baik itu termakbul dan dimakbulkan oleh Allah SWT. “Untuk itu, mesti ada pertimbangan-pertimbangan yang perlu dibuat oleh kita sebagai pengundi untuk menentukan hasrat dan hajat…

Read More

JOHOR BAHRU, 11 Mac: Perikatan Nasional menafikan kewujudan surat dikaitkan dengan parti tersebut yang tular sejak semalam. Setiausaha Agungnya, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, surat bertarikh 23 Februari 2022 menggunakan nama Pengerusi Perikatan Nasional dan kepala surat parti itu adalah palsu. “Parti Perikatan Nasional menafikan kewujudan surat bertarikh 23 Februari 2022 yang mengunakan nama Pengerusi PN, YB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin dan kepala surat parti sebagaimana yang tersebar semenjak malam semalam. “Surat tersebut adalah palsu dan berniat jahat untuk mengelirukan rakyat yang akan mengundi dalam Pilihan Raya Negeri Johor 2022 pada esok hari, 12 Mac…

Read More

SEGAMAT, 11 Mac: Calon wanita Perikatan Nasional, Maimunah Safwah Musa terus mendekati dan menyantuni masyarakat di DUN Jementah bagi memanfaatkan tempoh berkempen PRN Johor. Maimunah atau lebih dikenali sebagai ‘Cikgu Muna’ hadir ke Rumah Rakyat Jementah untuk mendengar perkongsian permasalahan dihadapi penduduk setempat. “Pagi tadi saya ke Rumah Rakyat Jementah. Sesampainya di sana, penduduk kawasan tersebut berkongsi permasalahan yang telah lama mereka hadapi berkenaan saluran parit yang tersumbat setiap kali hujan lebat turun. “Kesannya air akan naik ke atas dan melimpah masuk ke rumah mereka. Masalah ini sudah bertahun-tahun berlaku, malangnya masih belum ada tindakan daripada mana-mana pihak setakat ini.…

Read More

TANGKAK, 11 Mac: Setiap pengundi mesti memikirkan tujuan mereka keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor esok adalah untuk membentuk sebuah kerajaan negeri baharu yang berintegriti, bersih, cekap dan prihatin, kata Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau menegaskan, kerajaan negeri yang hendak dibentuk juga perlu dipastikan tidak terpalit dengan isu-isu penyalahgunaan kuasa serta rasuah. “Pengundi di Johor ini mesti membuat keputusan yang tepat supaya hajat dan nawaitu mereka untuk membentuk kerajaan yang baik itu termakbul dan dimakbulkan oleh Allah SWT. “Untuk itu, mesti ada pertimbangan-pertimbangan yang perlu dibuat oleh kita sebagai pengundi untuk menentukan hasrat dan hajat…

Read More

ISKANDAR PUTERI: Calon N49 DUN Kota Iskandar, Samsudin Ismail menyifatkan naratif tugas seorang pakar optometri seperti kerjaya beliau, tidak banyak berbeza dengan tugas dan khidmat seorang wakil rakyat. Lulusan ijazah sarjana muda optometri dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini berkata, puluhan ribuan mata pelanggan telah dirawat sejak beliau membuka kedai pertama pada 1993 dan kini menikmati penglihatan yang jelas. Ikuti kisah dan mesej Samsudin dalam klip video ini. #DemiBangsaJohor https://youtu.be/7XnF2v8EdUE

Read More

KULAI, 11 Mac: Calon Perikatan Nasional N50 DUN Bukit Permai, Tosrin Jarvanthi menulis warkah ditujukan khas untuk renungan generasi muda Johor yang mesti teliti dan bijak dalam memilih calon wakil rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, esok. “Hati dan dada saya begitu sebak ketika menukilkan warkah ini kerana mengenangkan apakah nasib anak-anak Bangsa Johor pada masa depan. “Esok mereka diberi peluang memilih wakil masing-masing. Pilihlah dengan betul. Jangan tersilap memilih calon parti yang dah rosak. Inilah masa dan peluang untuk menegakkan kerajaan baharu yang bersih, bebas rasuah dan salah guna kuasa,” katanya. Tosrin turut menyorot peristiwa dan sejarah lama…

Read More