Author: Mohd Kamal Ahmad

2.57 juta layak mengundi PRN Johor hari ini JOHOR BAHRU, 12 Mac: Kalangan daripada 2,574,835 pengundi dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) hari ini melunaskan tanggungjawab bagi menjayakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, mulai jam 8 pagi ini. Mereka mengundi 56 wakil bagi menduduki kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor daripada 239 calon daripada 11 parti termasuk calon Bebas. Daripada jumlah itu juga, Perikatan Nasional dan Barisan Nasional (BN) bertanding di semua kerusi. Pakatan Harapan (PH) pula meletakkan calon di 30 DUN; Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di 42 DUN; Parti Keadilan Rakyat (PKR) di 20 DUN; calon Bebas…

Read More

PAGOH, 11 Mac: Orang ramai boleh mendengar amanat tiga presiden malam ini menerusi program Pentas Presiden Perikatan Nasional di Bilik Gerakan Zon Utara, Pusat Perniagaan Pagoh Jaya dekat sini, jam 8 malam ini. Ikuti amanat Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden BERSATU, bagi memperkukuhkan lagi komitmen untuk mengundi calon-calon Perikatan Nasional pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri Johor, esok. Bagi yang tidak berkesempatan, anda boleh mengikuti siaran Live menerusi enam FB iaitu Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat, Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Parti Pribumi BERSATU Malaysia, atau Penerangan BERSATU Malaysia. Turut berucap adalah…

Read More

N50 Bukit Permai: Jasa khidmat, sokongan dan pencapaian Tosrin sukar digugat KULAI, 9 Mac: Perikatan Nasional mempertaruhkan rekod perkhidmatan cemerlang Tosrin Jarvanthi ketika menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Permai dan Exco Kerajaan Negeri Johor yang menjaga portfolio Hal Ehwal Agama Islam apabila menamakan beliau sekali lagi sebagai calon parti untuk mempertahankan kerusi N50 Bukit Permai, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu ini. https://youtu.be/LB5-OIvx4SQ Antara pencapaian beliau yang tidak boleh dinafikan adalah menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat beliau laksanakan setiap minggu sejak hari pertama dilantik sebagai Adun Bukit Permai pada 2028. “Program ini diadakan di lokasi tumpuan…

Read More

PARIT SULONG, 8 Mac: Calon Perikatan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah berikrar memperjuangkan 10 item tambahan untuk ditawarkan kepada pengundi kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, pada 12 Mac ini. Datuk Ariss Samsudin berkata, di samping Ikrar Perikatan Nasional untuk Bangsa Johor, beliau memperjuangkan mengenai keagamaan, infrastruktur, pendidikan, kesihatan, sosioekonomi, keusahawanan selain kesejahteraan wanita, generasi muda, pasukan beruniform dan kesejahteraan komuniti. “Perkara tambahan ini selaras kedudukan DUN Semerah yang majoriti penduduknya tinggal di luar bandar,” katanya dalam kenyataan media selepas melancarkan ikrar beliau di sini. Untuk item keagamaan, beliau akan memperjuangkan pembinaan sekolah agama, surau dan…

Read More

JOHOR BAHRU, 8 Mac: Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan terima kasih dan Selamat Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita atas segala sumbangan serta pengorbanan dalam membangunkan negara. Menurutnya, kemajuan wanita di negara ini, bahkan di dunia dalam semua bidang amat membanggakan, meskipun suatu ketika dahulu pernah dilihat peranannya sebagai pengurus rumah tangga, melahir dan mendidik anak-anak semata-mata. “Namun wanita hari ini telah maju ke hadapan dan berperanan sebagai pendukung dan penggerak kepada kemajuan negara tanpa melupakan peranan tradisi mereka sebagai isteri dan ibu. “Sememangnya, wanita di negara ini telah dan akan terus diberikan ruang dan peluang yang…

Read More

JOHOR BAHRU, 8 Mac: Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan mempertahankan kehadiran pemimpin BERSATU dalam satu majlis yang tular di media sosial, baru-baru ini. Menurutnya, kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Seri Hamzah Zainudin atas jemputan pihak penganjur majlis selain untuk menyantuni masyarakat. “Itu program yang dianjurkan oleh orang lain. Dan bila orang lain buat majlis, kita tak tanya apa atur cara ‘you’.. “Kalau ‘you’.. hidang kopi dengan gula, saya minum kopi takda gula, saya tak nak hadir. Kita tak tanya sampai sebegitu. “Jadi kita menyantuni masyarakat dan apabila ada program yang dianjurkan oleh tuan rumah, maka…

Read More

https://youtu.be/39TECCDkJis LEDANG, 7 Mac: Calon Perikatan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir, Mohd Solihan Badri, menampilkan klip video menarik untuk dihayati. Video pendek dengan durasi 1:42 minit itu menampilkan kolaj aktiviti dan program beliau bersama rakyat selain peristiwa-peristiwa penting sepanjang kariernya sebagai wakil rakyat serta Exco Kerajaan Negeri Johor bagi tempoh 2018-2022. Dengan lagu latar berjudul ‘Pahlawanku’ nyanyian Datuk Siti Nurhaliza, klip video ini amat terkesan dengan mendalam di hati pendengar. Ini adalah antara medium Mohd Solihan dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini. Beliau akan berdepan pertandingan empat penjuru menentang calon Barisan Nasional, PKR dan…

Read More

ARMADA Johor mahu polis siasat, dakwa segera kes kesalahan pilihan ray JOHOR BAHRU, 6 Mac: Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor mahu pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan segera ke atas aduan berhubung kesalahan pilihan raya sehingga menyebabkan kerosakan pada beberapa poster milik Perikatan Nasional ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini. Ketuanya, Muhammad Shamsuddin Paijan berkata, kejadian merosakkan kanvas atau menumbangkan struktur poster kempen Perikatan Nasional dikesan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram dan DUN Buloh Kasap. “Kami mahu supaya pendakwaan dan hukuman turut dilakukan segera dalam tempoh kempen PRN Johor…

Read More

KOTA TINGGI, 6 Mac: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mendapat perhatian dunia termasuk kalangan pelabur yang mengharapkan kerajaan negeri yang ditubuhkan selepas 12 Mac nanti ditunjangi parti berintegriti dan kukuh serta mentadbir urus dengan cekap dan bersih. Ketua Penerangan Perikatan Nasional, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pelabur asing yang mahu masuk ke Johor mengikuti dekat perkembangan PRN dan mahu melihat kestabilan wujud di negeri ini sebelum mereka memutuskan sebarang pelaburan. “Saya terus terang, saya turun untuk merayu undi kerana PRN Johor kali ini sedang diteropong bukan sahaja oleh Bangsa Johor. Ia sedang diteropong oleh seluruh dunia bagaimana; Bangsa Johor…

Read More

JOHOR BAHRU, 6 Mac: Perikatan Nasional akan memperjuangkan setiap peneroka Felda di seluruh negara diberi hak milik kekal terhadap tanah diusahakan masing-masing yang berstatus pajakan 99 tahun dan kini berbaki kira-kira 30 tahun. Ketua Penerangan Perikatan Nasional Johor, Mohd Solihan Badri berkata, penganugerahan hak milik kekal kepada 112,635 peneroka adalah pernyataan terima kasih negara bagi menghargai komitmen dan pengorbanan mereka meneroka hutan untuk menanam benih kelapa sawit sehingga menghasilkan komoditi eksport utama negara sejak tanah rancangan pertama diwujudkan pada 1958. Beliau menegaskan, Perikatan Nasional melihat langkah memberi hak milik kekal tanah juga akan menokok keluasan tanah milik tetap di kalangan…

Read More