Author: Mohd Firdaus Yon

JOHOR BAHRU, 12 Mei: Perikatan Nasional menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang memihak kepada Barisan Nasional (BN). Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu menerima hakikat rakyat Johor telah memilih BN untuk menerajui kerajaan negeri. “Sebagai parti yang mengambil bahagian dalam pilihan raya negeri, menerusi sistem demokrasi berparlimen dan hak rakyat untuk membuat keputusan undi, jadi Perikatan Nasional menerima hakikat bahawa rakyat Johor khususnya pemilih di Johor telah pun memilih Barisan Nasional untuk menerajui kerajaan negeri,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Perikatan Nasional di Taman Scientex Utama, dekat Senai, hari ini. Muhyiddin berkata, Perikatan…

Read More

PAGOH, 11 Mac: Calon Perikatan Nasional N08 DUN Bukit Pasir, Muhamad Nur Iqbal Abdul Razak menyeru masyarakat di kawasan ditandinginya untuk mengundi Perikatan Nasional. Sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat, beliau komited untuk memastikan masa depan yang lebih cerah dan terjamin buat masyarakat di DUN tersebut. Ujarnya, atas komitmen tersebut, beliau akan memastikan pendidikan masyarakat khususunya anak muda terjamin. “Saya akan berikan tumpuan dengan memastikan bantuan biasiswa, tuisyen percuma buat anak-anak yang menghadapi SPM dan peperiksaan penting sebagai persiapan mereka,” katanya, di sini. Dalam gerak kempennya, Muhamad Nur Iqbal turut menzahirkan komitmen menggerakkan usaha menjayakan ‘Satu Rumah, Satu Graduan’. “Saya berhasrat…

Read More

BATU PAHAT, 11 Mac: Menjelang hari pengundian esok, calon Perikatan Nasional N.24 Senggarang, Khairul Faizi Ahmad Kamil menukilkan pesanan buat pengundi DUN ditandinginya. Dalam nukilan itu, Khairul Faizi memberitahu Senggarang memerlukan pemimpin yang bersih dan berintegriti. “Maka Perikatan Nasional adalah parti paling bersih dan berintegriti berbanding parti-parti lain yang bertanding. “Johor dan Senggarang memerlukan pemimpin yang cakna berkebajikan. Maka Perikatan Nasional adalah parti paling berkebajikan,” katanya dalam nukilan dimuatnaik dalam laman Facebooknya di sini hari ini. Khairul Faizi turut mengajak pengundi untuk mengimbau dan mengingati jasa Tan Sri Muhyiddin Yassin atau ‘Abah’ membantu rakyat ketika negara dilanda wabak COVID-19. “Pasti…

Read More

PILIHAN Raya Umum Ke-14, melakar sejarah selepas menyaksikan dominasi Barisan Nasional untuk kerusi Dewan Undangan (DUN) Gambir berakhir. Penyandang kerusi iaitu Datuk M Asojan daripada Barisan Nasional tewas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan majoriti 3,088 undi. Bagaimanapun, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada kali ini, Pengerusi Perikatan Nasional dan Presiden BERSATU itu memutuskan untuk tidak bertanding. Muhyiddin memberi laluan kepada calon lain bagi mewakili Perikatan Nasional untuk bertanding pada pilihan raya ini. Calon tersebut tidak lain tidak bukan adalah Tuan Haji Mohd Solihan Badri, yang juga merupakan Ketua Penerangan Perikatan Nasional Johor dan Ketua Bahagian BERSATU Ledang. Beliau merupakan…

Read More

JOHOR BAHRU, 9 Mac: Veteran politik, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berpandangan berlaku perkembangan sihat dan positif kepada Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Pandangan tersebut dizahirkan oleh bekas Ketua Menteri Melaka itu berdasarkan kehadirannya di negeri ini, membantu jentera Perikatan Nasional serta bertemu pengundi selain sesi ceramah yang dianjurkan. “Kalau dulu ada persepsi bahawa Johor akan menjadi seperti Melaka. Tapi sekarang ini, nampaknya sambutan daripada pengundi, Bangsa Johor nampak lebih baik. “Dan saya pun merasai bila bertemu dengan jentera pilihan raya pelbagai DUN, saya dapati satu perkembangan yang sihat dan positif bagi Perikatan Nasional,” katanya dalam…

Read More

JOHOR BAHRU, 9 Mac: Veteran politik, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik menempelak tema Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Malah beliau tidak fikir BN mahukan kestabilan meskipun berkata sedemikian. Sebaliknya, ujarnya, Perikatan Nasional mahukan kemakmuran tanpa rasuah. “Mana baik lagi? Kemakmuran tanpa rasuah, (atau) kestabilan dalam kemakmuran? “Sebab apa, (kalau) ‘stabil’ orang diam sahaja (membenarkan kemungkaran). Dia senang mencuri, senang kaut, senang buat macam 1MDB, senang buat macam SRC. “Macam mana nak sapu Tabung Haji, macam mana nak sapu FELDA, macam mana… jadi kita ‘stabil’. Satu konsep bodoh dalam kepimpinan,” katanya dalam temu bual eksklusif di…

Read More

JOHOR BAHRU, 9 Mac: Veteran politik, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik percaya Bangsa Johor tidak boleh menerima pimpinan yang terlibat dengan salah guna kuasa dan rasuah. Menurutnya, segala kemungkaran dilakukan oleh pimimpin-pemimpin pesaing politik Perikatan Nasional tiada penjelasan, sebaliknya mereka yang terlibat hanya mengatakan ia sebagai fitnah. “Sudah masuk dalam mahkamah, (dan) kata fitnah. Kita boleh baca setiap ayat penghakiman itu dalam mahkamah. “Tengok satu persatu macam mana penipuan, rompakan, (dan) samunan yang dibuat itu dengan begitu sistematik,” katanya dalam satu temubual eksklusif di Bilik Gerakan Utama PN, di sini hari ini. Abdul Rahim berkata, sehingga kini, tiada satu…

Read More

JOHOR BAHRU, 8 Mac: Seorang petugas Perikatan Nasional berkongsi detik cemas apabila dikepung dan dicederakan sekumpulan individu dalam kejadian dekat Iskandar Puteri, di sini. Sujali Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Pak Ali, 61, mengakui tidak menyangka peristiwa tersebut boleh berlaku ke atas dirinya kerana merasakan setiap jentera parti bebas memasang bendera ketika berkempen. https://youtu.be/FFgQIiezQ0Y Beliau memberitahu, kumpulannya telah melakukan kerja memacak bendera di kawasan tersebut pada 4 Mac lalu. Namun bendera yang dipasang itu didapati telah dicabut ketika mereka meninjau lokasi sama pada 5 Mac lalu dan menggantikan semula dengan bendera baharu. “Pada 6 Mac saya datang lagi, bendera itu…

Read More

JOHOR BAHRU, 8 Mac: Ikrar Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berteraskan lapan tunjang utama adalah yang terbaik untuk Bangsa Johor. Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin berkata, ikrar tersebut membuktikan keseriusan PN mentadbir kerajaan negeri jika diberikan mandat oleh rakyat. “Dalam banyak-banyak parti yang bertanding dalam PRN Johor ini, Ikrar PN adalah yang terbaik untuk rakyat Johor. “Ini yang kita kena sampaikan kepada rakyat Johor bahawa kami tak main-main. “Ini bukan pilihanraya suka-suka. Dah orang buat pilihanraya.. tak apa. Mereka fikirkan kuasa, tapi kita fikirkan rakyat,” katanya kepada pemberita…

Read More

JOHOR BAHRU, 8 Mac: Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Dato’ Sri Najib Razak tidak layak mencabar Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berdebat. Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan meminta Najib agar sedar diri dan mencari individu yang ‘sedarjat’ dengan bekas Perdana Menteri itu. “Saya rasa ‘dia’ ini tak layak untuk bercakap dengan seorang tokoh yang seperti Tan Sri Muhyiddin. Jadi dia kena sedar diri, dan cari orang yang satu kumpulan dan satu darjat dengan dia. “Tak sepatutnya (Najib membuat cabaranon)… cabaran Dato’ Seri Azmin (Ali) pun dia tak berani nak jawab. Dia nak cakap…

Read More