Maklumat Terkini

    Dapatkan maklumat, berita dan info terkini dari masa ke masa melalui email anda. Subscribe sekarang!

    Pilihan Sensasi

    PAS akan terus santuni rakyat Johor – Haji Hadi

    March 13, 2022

    SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA BANGSA JOHOR

    March 13, 2022

    Perikatan Nasional terima keputusan PRN Johor – Muhyiddin

    March 13, 2022
    Facebook Twitter Instagram YouTube TikTok Telegram
    Facebook Twitter Instagram
    Info Johor Info Johor
    • Utama
    • Berita
      1. Ekonomi
      2. Global
      3. Hiburan
      4. Politik
      5. Selektif
      6. Setempat
      7. Sukan
      8. Terkini
      9. Umum
      Featured

      PAS akan terus santuni rakyat Johor – Haji Hadi

      By iJohorMarch 13, 2022
      Recent

      PAS akan terus santuni rakyat Johor – Haji Hadi

      March 13, 2022

      SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA BANGSA JOHOR

      March 13, 2022

      Perikatan Nasional terima keputusan PRN Johor – Muhyiddin

      March 13, 2022
    • Rencana
      1. Gaya Hidup
      2. Hobi
      3. Pelancongan
      4. Personaliti
      5. Sejarah
      Featured

      Nilai dan falsafah secangkir kopi Rindu Café di Simpang Wa Ha

      By Mohd Kamal AhmadJanuary 15, 2022
      Recent

      Nilai dan falsafah secangkir kopi Rindu Café di Simpang Wa Ha

      January 15, 2022

      Kolam padang bola menanti kaki pancing di Sedili

      December 26, 2021

      Wandarisnor: Pakar buat, baiki alat muzik rosak

      December 25, 2021
    • Idea
    • Rakyat
      1. Aduan
      2. Susulan
      Featured

      Lorong belakang rumah tidak diselenggara

      By iJohorOctober 15, 2021
      Recent

      Lorong belakang rumah tidak diselenggara

      October 15, 2021

      Mantapkan imej Bandaraya Johor Bahru

      October 12, 2021
    • Pandangan
      1. Editorial
      2. Kolumnis
      3. Pandangan Umum
      Featured

      Felda: Simpanan tetap BN?

      By iJohorFebruary 20, 2022
      Recent

      Felda: Simpanan tetap BN?

      February 20, 2022

      1001 onar UMNO: Berlagak suci, tubuh bergelumang …

      February 15, 2022

      Ledakan tsunami politik, angkat Muhyiddin jadi PM selepas PRU-15

      February 12, 2022
    • Wacana
      1. Diskusi
      2. Forum
      Featured

      Jangan sampai bertongkat paruh

      By iJohorOctober 26, 2021
      Recent

      Jangan sampai bertongkat paruh

      October 26, 2021

      Buka Sempadan: Singapura Terus Tutup?

      October 17, 2021
    • Arkib
      1. Koleksi Gambar
      2. Koleksi Video
      Featured
      Recent
    • Hubungi Kami
    Info Johor Info Johor
    Home»Berita»Dr Sahruddin Jamal, pemimpin rakyat untuk Bangsa Johor
    Berita

    Dr Sahruddin Jamal, pemimpin rakyat untuk Bangsa Johor

    iJohorBy iJohorMarch 10, 2022No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn WhatsApp Pinterest Email

    SEJAK beliau dipilih sebagai seorang wakil rakyat, saya tidak mengenali dirinya secara peribadi.

    Apabila beliau dilantik sebagai EXCO Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri Johor, kewujudan beliau mula saya sedari.

    Masakan tidak, ketika itu negara dan Negeri Johor amnya digemparkan dengan kejadian ‘Pencemaran Sungai Kim Kim’, dekat Pasir Gudang.

    Masih saya ingat, ketika itu Kerajaan Johor dipimpin oleh seorang Menteri Besar yang tegas iaitu Allahyarham Dato’ Haji Osman Sapian.

    Kerana kejadian pencemaran ini, saya mula mengikuti dengan rapat perkhidmatan Dr Sahruddin Jamal.

    Selaku EXCO berkaitan, beliau telah diberikan kepercayaan untuk berhadapan dengan pengamal media.

    Menjawab segala pertanyaan media, malah menyalurkan maklumat terkini perkembangan kejadian secara berkala.

    Sebagai pengamat politik amatur dan rakyat Johor, saya memberikan tanda jempol atau ‘thumbs up’ kepada Dr Sahruddin.

    Mengapa? Sebagai EXCO berkaitan, sudah tentu beliau berhadapan dengan suatu tekanan yang amat berat pada ketika itu.

    Perlu melaporkan situasi insiden dengan terperinci secara harian kepada Perdana Menteri dan Menteri Besar.

    Selain itu, menyelaras tindakan bersama agensi dan jabatan kerajaan dengan usahasama kementerian berkaitan.

    Pada masa sama, perlu melayani karenah pengamal media dan mengutamakan keselamatan rakyat.

    Beliau bersama Kerajaan Johor pada ketika itu juga berhadapan dengan asakan dan desakan BN-UMNO.

    Tetapi, saya melihat Dr Sahruddin dan Kerajaan Johor kekal tenang dalam berhadapan dengan cabaran dan situasi getir.

    Kemudian, mungkin rezeki beliau apabila telah dipilih dan dilantik sebagai Menteri Besar Johor Ke-17.

    Seterusnya, negara dan Negeri Johor amnya telah digemparkan pula dengan insiden pencemaran yang berlaku di Taman Mawar.

    Ketika itu, teruk juga Kerajaan Johor khususnya beliau serta EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar kena ‘tibai’ oleh pesaing politik.

    Bagaimanapun, kebijaksanaan dan sikap teliti beliau dalam membuat sesuatu tindakan serta keputusan juga boleh dikatakan berjaya.

    Insiden pencemaran ini telah berjaya ditangani dengan baik, meskipun tidak begitu sempurna.

    Pesaing politik ada mengatakan beliau sebagai ‘lembab’ dan tiada kredibiliti untuk memimpin pentadbiran kerajaan negeri.

    Tetapi harus kita ingat, bahawa Dr Sahruddin ini merupakan seorang doktor perubatan sebelum menjadi ahli politik sepenuhnya.

    Seorang doktor itu perlu mengetahui ‘penyakit pesakitnya’, melakukan diagnosis sebelum mengesahkan ‘penyakit pesakitnya’.

    Kemudian, barulah doktor tersebut akan menentukan jenis ubat-ubatan bagi mengubati ‘penyakit pesakitnya’.

    Maka, bukanlah beliau seorang yang ‘slow’ apatah lagi tidak mampu menjadi seorang Menteri Besar.

    Sebaliknya, Dr. Sahruddin menggunakan kepakaran dan pengalamannya sebagai doktor dalam menguruskan situasi.

    Beliau teliti dan berhati-hati. Bukanlah suatu dosa untuk menjadi seorang yang teliti dan berhati-hati dalam setiap tindakan.

    Jadi, saya melihat dakwaan dan tohmahan terhadap beliau tidak lebih untuk ‘demoralized’ dan ‘character assassination’.

    Sehingga ke akhir perkhidmatan dalam Kerajaan Johor, beliau tetap teguh, berhemah dan merendah diri.

    Sebagai orang parti, beliau akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti untuk berundur daripada jawatan Menteri Besar.

    Seorang bekas pegawai kanan beliau pernah menceritakan kepada saya mengenai keperibadian, Dr. Sahruddin bin Haji Jamal. Beliau seorang pemimpin yang baik.

    Beliau seorang pemimpin yang Islami, serta amat disenangi anggota perkhidmatan awam Johor di setiap peringkat.

    Malah, saya diberitahu oleh bekas pegawai kanannya bahawa Dr. Sahruddin rajin balik kawasan iaitu DUN Bukit Kepong walaupun beliau Menteri Besar.

    Tidak bersifat ‘kayangan’ sepertimana segelintir pemimpin-pemimpin politik yang ada di Johor.

    Kata bekas pegawai kanan ini juga, Dr Sahruddin akan singgah dari warung ke warung sekiranya mempunyai masa lapang.

    Menyantuni masyarakat pelbagai lapisan usia dan latar belakang yang dilakukan bukan secara ‘bermusim’.

    Menggerakkan jentera sukarelawan di peringkat DUN Bukit Kepong sehinggalah peringkat Negeri Johor bagi kerja khidmat kesukarelawan.

    Mengenal pasti masyarakat yang memerlukan bantuan termasukl meredah banjir demi membantu rakyat di lapangan.

    Saya sendiri terpegun apabila mendengar apa yang diceritakan, malah membuat ‘research’ bagi mendapatkan kepastian.

    Dan apa yang saya temui menerusi media massa dan media sosial, segala yang diceritakan oleh bekas pegawai kanan beliau ini adalah benar.

    Berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor ke-17 bermula April 2019 hingga Februari 2020, beliau juga punya jasa dan sumbangan.

    Jangan lupa, semak semula ucapan perbelanjaan Belanjawan Johor 2020 yang dibentangkan olehnya.

    Terlalu banyak visi, inisiatif dan insentif yang telah diumumkan oleh beliau bagi pihak Kerajaan Johor.

    Oleh itu, pertimbangan dan kebijaksanaan Bangsa Johor amat diperlukan untuk membuat pilihan pada hari pengundian nanti.

    Mungkin pengundi di DUN Bukit Kepong boleh sekali lagi memberikan kepercayaan kepada beliau pada PRN Johor ini.

    Siapa tahu, Allah SWT mengizinkan beliau untuk kembali memimpin pentadbiran Kerajaan Johor.

    Tapi, saya biarkan Bangsa Johor untuk menggunakan hak masing-masing, menunaikan tanggungjawab mengundi pada 12 Mac ini.

    Sokongan dan dukungan terhadap Dr Sahruddin bin Haji Jamal juga mungkin dapat diterjemahkan di atas kertas undi dengan memilih Perikatan Nasional.

    Rakyat Marhaen
    Pengundi PRN Johor 2022

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    iJohor
    • Website

    Related Posts

    PAS akan terus santuni rakyat Johor – Haji Hadi

    March 13, 2022

    SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA BANGSA JOHOR

    March 13, 2022

    Perikatan Nasional terima keputusan PRN Johor – Muhyiddin

    March 13, 2022

    JOM MENGUNDI PRN JOHOR

    March 12, 2022

    Tetapkan nawaitu mengundi esok tubuh kerajaan berintegriti – Muhyiddin

    March 11, 2022

    Perikatan Nasional nafi surat tular kaitkan Muhyiddin, parti

    March 11, 2022
    Add A Comment

    Leave A Reply Cancel Reply

    Hangat

    PAS akan terus santuni rakyat Johor – Haji Hadi

    By iJohorMarch 13, 2022

    JOHOR BAHRU, 13 Mac: PAS bersama Perikatan Nasional, menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor…

    SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA BANGSA JOHOR

    March 13, 2022

    Perikatan Nasional terima keputusan PRN Johor – Muhyiddin

    March 13, 2022

    JOM MENGUNDI PRN JOHOR

    March 12, 2022
    Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • Telegram
    Pilihan Terkini

    PAS akan terus santuni rakyat Johor – Haji Hadi

    March 13, 2022

    SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA BANGSA JOHOR

    March 13, 2022

    Perikatan Nasional terima keputusan PRN Johor – Muhyiddin

    March 13, 2022

    JOM MENGUNDI PRN JOHOR

    March 12, 2022

    Maklumat Terkini

    Dapatkan maklumat, berita dan info terkini dari masa ke masa melalui email anda. Subscribe sekarang!

    RUANGAN IKLAN
    Informatif, Telus, Terkini

    Dipenuhi dengan informasi yang telus dan terkini kami bawakan kepada anda sebagai pencetus kepada jaringan pengetahuan tanpa batasan.

    Emel: salam@infojohor.com.my
    Telefon: +607-244 1036

    Pilihan Terkini
    Ulasan Terkini
      Facebook Twitter Instagram YouTube TikTok Telegram
      • Utama
      • Berita
      • Rencana
      • Idea
      • Rakyat
      • Pandangan
      • Wacana
      • Arkib
      © 2022 infojohor.com.my

      Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.