Maklumat Terkini

    Dapatkan maklumat, berita dan info terkini dari masa ke masa melalui email anda. Subscribe sekarang!

    Pilihan Sensasi

    PAS akan terus santuni rakyat Johor – Haji Hadi

    March 13, 2022

    SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA BANGSA JOHOR

    March 13, 2022

    Perikatan Nasional terima keputusan PRN Johor – Muhyiddin

    March 13, 2022
    Facebook Twitter Instagram YouTube TikTok Telegram
    Facebook Twitter Instagram
    Info Johor Info Johor
    • Utama
    • Berita
      1. Ekonomi
      2. Global
      3. Hiburan
      4. Politik
      5. Selektif
      6. Setempat
      7. Sukan
      8. Terkini
      9. Umum
      Featured

      PAS akan terus santuni rakyat Johor – Haji Hadi

      By iJohorMarch 13, 2022
      Recent

      PAS akan terus santuni rakyat Johor – Haji Hadi

      March 13, 2022

      SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA BANGSA JOHOR

      March 13, 2022

      Perikatan Nasional terima keputusan PRN Johor – Muhyiddin

      March 13, 2022
    • Rencana
      1. Gaya Hidup
      2. Hobi
      3. Pelancongan
      4. Personaliti
      5. Sejarah
      Featured

      Nilai dan falsafah secangkir kopi Rindu Café di Simpang Wa Ha

      By Mohd Kamal AhmadJanuary 15, 2022
      Recent

      Nilai dan falsafah secangkir kopi Rindu Café di Simpang Wa Ha

      January 15, 2022

      Kolam padang bola menanti kaki pancing di Sedili

      December 26, 2021

      Wandarisnor: Pakar buat, baiki alat muzik rosak

      December 25, 2021
    • Idea
    • Rakyat
      1. Aduan
      2. Susulan
      Featured

      Lorong belakang rumah tidak diselenggara

      By iJohorOctober 15, 2021
      Recent

      Lorong belakang rumah tidak diselenggara

      October 15, 2021

      Mantapkan imej Bandaraya Johor Bahru

      October 12, 2021
    • Pandangan
      1. Editorial
      2. Kolumnis
      3. Pandangan Umum
      Featured

      Felda: Simpanan tetap BN?

      By iJohorFebruary 20, 2022
      Recent

      Felda: Simpanan tetap BN?

      February 20, 2022

      1001 onar UMNO: Berlagak suci, tubuh bergelumang …

      February 15, 2022

      Ledakan tsunami politik, angkat Muhyiddin jadi PM selepas PRU-15

      February 12, 2022
    • Wacana
      1. Diskusi
      2. Forum
      Featured

      Jangan sampai bertongkat paruh

      By iJohorOctober 26, 2021
      Recent

      Jangan sampai bertongkat paruh

      October 26, 2021

      Buka Sempadan: Singapura Terus Tutup?

      October 17, 2021
    • Arkib
      1. Koleksi Gambar
      2. Koleksi Video
      Featured
      Recent
    • Hubungi Kami
    Info Johor Info Johor
    Home»Wacana»Jangan sampai bertongkat paruh
    Wacana

    Jangan sampai bertongkat paruh

    iJohorBy iJohorOctober 26, 2021No Comments5 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn WhatsApp Pinterest Email

    Oleh: SHAMSUDDIN PAIJAN

    POLITIKING sesama parti politik Melayu tidak membawa bangsa ini ke mana- mana melainkan menuju jurang perpecahan. Begitu teruknya politik kita – selepas patah kaki, kita bersusah-payah bertongkat dengan sayap. Selepas patah sayap, kita akhirnya terpaksa bertongkat paruh. Apabila kita sudah bertongkat paruh, ketika itu nasi sudah menjadi bubur dan menangis tidak berlagu.

    Pelik, kenapa kita berpolitiking sehingga sanggup bertongkat paruh walhal patah kaki pun sepatutnya dihindarkan? Kita mati-matian berpolitik sedangkan diri boleh menjadi arang dan debu. Di sebaliknya, matlamat dalang perpecahan Melayu ialah mahu melihat kita akhirnya dipecah-pecahkan menjadi bangsa dengan kuasa yang kecil dan mudah ditindas.

    Apabila disorot ke belakang, sebahagian tenaga, masa dan fokus pemimpin terpaksa dihabiskan untuk politik. Memang ada projek strategik dilaksanakan untuk memperkukuh dan melengkapkan infrastruktur demi kemudahan rakyat serta memacu pertumbuhan. Tetapi bagaimana dengan projek untuk menjadikan negara kita sebuah hab seperti industri digital dan teknologi termaju serantau? Tindakan perlu dilaksanakan untuk kita mendominasi bidang tertentu di peringkat serantau dan antarabangsa.

    Contoh di utara, Thailand sedang mencongak pembinaan jambatan darat sebagai jalan pintas membawa pelbagai kontena perdagangan dan komoditi ke timur atau ke barat. Jambatan ini akan memintas peranan lebuhraya laut di Selat Melaka dan Selat Singapura sebagai laluan pengangkutan yang sama selama ini.

    Di selatan pula, Singapura sudah hampir menyiapkan pelabuhan Tuas Mega untuk republik itu kekal dominan sebagai pelabuhan utama dunia. Kalau pun Thailand benar-benar mahu membina jambatan darat untuk kapal dagang pergi atau balik ke timur, Singapura tetap ada kelebihan dan kekuatan menerusi pelabuhan baharu tersebut. Negara yang menduduki ranking kedua World Bank’s 2020 Doing Business Report itu (Malaysia ranking ke-12), membina pelabuhan canggih untuk menjadi terminal kontena terbesar di dunia bagi memenuhi permintaan syarikat perkapalan mega masa depan.

    Contoh lain, Indonesia dengan gagasan memindahkan Jakarta ke Kalimantan walaupun idea itu sudah dibangkitkan beberapa presiden terdahulu. Negara lain juga sudah melaksanakan pelan dan tindakan perlu bagi mempromosikan teknologi untuk semua. Kerajaan atau syarikatnya membuat pelaburan dalam kemahiran digital dan membina infrastrukturnya.

    Mereka turut menubuhkan syarikat-syarikat permulaan yang disertai ramai usahawan muda dan bakal menjadi kunci kejayaan transformasi digital.

    Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pemikiran dan pelan futuristik sebegini untuk generasi masa depan. Kurangkan politik supaya kerajaan boleh memberi tumpuan menyediakan rantaian ekonomi untuk dipacu oleh generasi dan usahawan muda kita khususnya dalam teknologi termaju serta ekonomi digital.

    Pemimpin parti politik Melayu perlu terus mengekalkan perpaduan untuk membawa generasi muda yang celik untuk menyertai dan mendominasi digital kini serta masa
    depan. Perpaduan politik ini penting bagi membolehkan kerajaan meneruskan Agenda Bumiputera supaya bangsa Melayu menyertai dan menguasai industri strategik, berteknologi termaju serta berimpak tinggi seperti digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

    EMPAYAR

    Lantaran politik itu bersifat dinamik, iaitu hidup dan berubah, maka melibatkan

    serta mendengari suara generasi muda sangat penting dalam proses perubahan ini. Selaku penerus perjuangan bangsa Melayu, generasi muda perlu dibimbing
    dalam membina keupayaan untuk berubah dan
    menyerap perubahan demi kelangsungan kuasa politik serta generasi kita dalam
    era baharu ini. Kepimpinan politik hari ini perlu menjadi contoh teladan kepada generasi muda.

    Selain itu, ubah semula tanggapan musuh Melayu adalah Melayu. Ini mengelirukan generasi muda. Musuh sebenarnya adalah dalang yang melaksanakan agenda memecah-belah Melayu menggunakan individu bangsa ini yang tiada jati diri. Kita juga perlu tukar persepsi dan perbetulkan semula momokan Melayu itu pemalas sedangkan hakikatnya Melayu adalah bangsa pembina empayar!

    Tetapi lantaran Melayu pernah dijajah, maka penjajah yang menentukan bagaimana sejarah kita hendak ditulis. Orientalis Barat memalsukan sejarah dan menerapkan dalam fikiran seterusnya
    kita sendiri menerima serta mempercayainya. Namun, kini satu demi satu fakta dan kebenaran baharu sejarah Melayu terungkap serta dibuktikan.

    Justeru, Melayu akan lebih pukal dan padu dengan kita berusaha menulis semula sejarah kita sendiri. Ini akan memberi kelebihan kepada Melayu supaya dihormati kerana fakta baharu sejarah ini mengesahkan kita adalah bangsa terbilang serta bertamadun sebelum ini. Sejarah sebenar bangsa akan menyatukan Melayu!

    Pada masa sama, sejarah moden membuktikan bangsa Melayu menguasai politik dan menerajui negara ini dengan cemerlang menerusi mandat yang diberi rakyat pada 13 pilihan raya umum (PRU) lalu. Namun, kita perlu mengambil iktibar penting daripada PRU-14 lalu. Bangsa Melayu perlu merenung peristiwa ini sejujurnya.

    Jadi, kita perlu mencari jalan supaya kita tidak menempa sejarah hitam PRU-14 sekali lagi dalam PRU-15 tidak lama lagi. Dalam kita menghadapi masalah Melayu sama ada dalam Barisan Nasional
    (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN), insaflah, apa yang lebih penting ialah kuasa serta perpaduan Melayu mesti dipertahankan. Kita tidak mampu lagi untuk kecundang. Jadi, cari jalan segera untuk menyatukan kekuatan Bersatu-UMNO-Pas sebelum terlewat.

    Jadi, membiarkan perpecahan kepemimpinan Melayu – ia merupakan satu kesalahan dan kesilapan paling besar kepada agama, bangsa serta negara kerana tindak-tanduk itu akhirnya memberi kesan buruk kepada bangsa Melayu sendiri apatah lagi yang lain.

    Ringkasnya, berhemahlah. Jangan sampai politik menghambat perasaan
    rakyat dan membantutkan pertumbuhan negara. Berpada-pada dalam berpolitik ketika mana aspirasi mahu mengangkat kehidupan ke tahap berpendapatan tinggi menjadi keutamaan RMK12.

    Insaflah, jangan berpolitik secara melampau ketika rakyat semakin bosan dengan telatah dan gelagat segelintir ahli politik yang mereka lihat mementingkan diri sendiri.

    PENULIS ialah Ketua Angkatan Bersatu Muda (Armada) Johor.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    iJohor
    • Website

    Related Posts

    Buka Sempadan: Singapura Terus Tutup?

    October 17, 2021
    Add A Comment

    Leave A Reply Cancel Reply

    Hangat

    PAS akan terus santuni rakyat Johor – Haji Hadi

    By iJohorMarch 13, 2022

    JOHOR BAHRU, 13 Mac: PAS bersama Perikatan Nasional, menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor…

    SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA BANGSA JOHOR

    March 13, 2022

    Perikatan Nasional terima keputusan PRN Johor – Muhyiddin

    March 13, 2022

    JOM MENGUNDI PRN JOHOR

    March 12, 2022
    Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • Telegram
    Pilihan Terkini

    PAS akan terus santuni rakyat Johor – Haji Hadi

    March 13, 2022

    SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA BANGSA JOHOR

    March 13, 2022

    Perikatan Nasional terima keputusan PRN Johor – Muhyiddin

    March 13, 2022

    JOM MENGUNDI PRN JOHOR

    March 12, 2022

    Maklumat Terkini

    Dapatkan maklumat, berita dan info terkini dari masa ke masa melalui email anda. Subscribe sekarang!

    RUANGAN IKLAN
    Informatif, Telus, Terkini

    Dipenuhi dengan informasi yang telus dan terkini kami bawakan kepada anda sebagai pencetus kepada jaringan pengetahuan tanpa batasan.

    Emel: salam@infojohor.com.my
    Telefon: +607-244 1036

    Pilihan Terkini
    Ulasan Terkini
      Facebook Twitter Instagram YouTube TikTok Telegram
      • Utama
      • Berita
      • Rencana
      • Idea
      • Rakyat
      • Pandangan
      • Wacana
      • Arkib
      © 2022 infojohor.com.my

      Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.