Maklumat Terkini

    Dapatkan maklumat, berita dan info terkini dari masa ke masa melalui email anda. Subscribe sekarang!

    Pilihan Sensasi

    PAS akan terus santuni rakyat Johor – Haji Hadi

    March 13, 2022

    SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA BANGSA JOHOR

    March 13, 2022

    Perikatan Nasional terima keputusan PRN Johor – Muhyiddin

    March 13, 2022
    Facebook Twitter Instagram YouTube TikTok Telegram
    Facebook Twitter Instagram
    Info Johor Info Johor
    • Utama
    • Berita
      1. Ekonomi
      2. Global
      3. Hiburan
      4. Politik
      5. Selektif
      6. Setempat
      7. Sukan
      8. Terkini
      9. Umum
      Featured

      PAS akan terus santuni rakyat Johor – Haji Hadi

      By iJohorMarch 13, 2022
      Recent

      PAS akan terus santuni rakyat Johor – Haji Hadi

      March 13, 2022

      SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA BANGSA JOHOR

      March 13, 2022

      Perikatan Nasional terima keputusan PRN Johor – Muhyiddin

      March 13, 2022
    • Rencana
      1. Gaya Hidup
      2. Hobi
      3. Pelancongan
      4. Personaliti
      5. Sejarah
      Featured

      Nilai dan falsafah secangkir kopi Rindu Café di Simpang Wa Ha

      By Mohd Kamal AhmadJanuary 15, 2022
      Recent

      Nilai dan falsafah secangkir kopi Rindu Café di Simpang Wa Ha

      January 15, 2022

      Kolam padang bola menanti kaki pancing di Sedili

      December 26, 2021

      Wandarisnor: Pakar buat, baiki alat muzik rosak

      December 25, 2021
    • Idea
    • Rakyat
      1. Aduan
      2. Susulan
      Featured

      Lorong belakang rumah tidak diselenggara

      By iJohorOctober 15, 2021
      Recent

      Lorong belakang rumah tidak diselenggara

      October 15, 2021

      Mantapkan imej Bandaraya Johor Bahru

      October 12, 2021
    • Pandangan
      1. Editorial
      2. Kolumnis
      3. Pandangan Umum
      Featured

      Felda: Simpanan tetap BN?

      By iJohorFebruary 20, 2022
      Recent

      Felda: Simpanan tetap BN?

      February 20, 2022

      1001 onar UMNO: Berlagak suci, tubuh bergelumang …

      February 15, 2022

      Ledakan tsunami politik, angkat Muhyiddin jadi PM selepas PRU-15

      February 12, 2022
    • Wacana
      1. Diskusi
      2. Forum
      Featured

      Jangan sampai bertongkat paruh

      By iJohorOctober 26, 2021
      Recent

      Jangan sampai bertongkat paruh

      October 26, 2021

      Buka Sempadan: Singapura Terus Tutup?

      October 17, 2021
    • Arkib
      1. Koleksi Gambar
      2. Koleksi Video
      Featured
      Recent
    • Hubungi Kami
    Info Johor Info Johor
    Home»Pandangan»PRN Johor – Demokrasi Demi Kemaslahatan Rakyat
    Pandangan

    PRN Johor – Demokrasi Demi Kemaslahatan Rakyat

    iJohorBy iJohorJanuary 12, 2022Updated:January 18, 2022No Comments6 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn WhatsApp Pinterest Email

    ADAPUN tanpa hilang walau sedikitpun semangat demokrasi yang tertanam dalam jiwa ketika mencoret tinta melontarkan rasa ditemani naskhah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

    Menulis sambil sekali-sekala menghirup kopi panas dan meneliti perlembagaan bertulis pertama di Tanah Melayu yang dimasyhurkan pada tahun 1895, iaitu lebih kurang 127 tahun dahulu.

    Untuk memulakan nukilan kata-kata, tidaklah semudah yang disangka. Curahan manifestasi fikiran diutamakan agar tidak hilang arah asal untuk menyampaikan rasa.

    Suhu Politik ‘Panas’?

    Mutakhir ini, senario politik Negeri Johor kembali hangat. Dari warung kecil di Buloh Kasap hingga kopitiam terkenal di pusat bandar Johor Bahru, hebat diceritakan perkembangan semasa politik di selatan tanah air.

    Mana tidaknya, seorang Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri memiliki majoriti dengan lebihan satu kerusi susulan kematian Allahyarham Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas.

    Mantan Menteri Besar Johor Ke-16 ini telah kembali ke rahmatullah, dengan meninggalkan pelbagai kenangan dan cerita politik sepanjang berkecimpung dalam pentas siasah negara.

    Al-fatihah buat ‘Tok Man’, seorang pemimpin hebat dari selatan tanah air yang amat disenangi oleh rakyat. Disegani rakan dan lawan dalam politik.

    Maka, atas pemergian ‘sebutir permata’ ini, Kerajaan Johor pimpinan Menteri Besar Johor Ke-18 iaitu YAB Dato’ Ir. Hasni bin Mohammad memiliki majoriti yang tipis.

    Kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada ketika ini adalah 28 kerusi di kalangan blok kerajaan diikuti 27 blok pembangkang dan satu kekosongan.

    Justeru, bertiup kencanglah khabar angin mengatakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bakal diadakan meskipun ia masih menjadi tanda tanya.

    Menteri Besar Johor sehingga ke hari ini, masih seakan ‘tunggu dan lihat’. Tidak lari daripada kenyataan asalnya seperti dilaporkan media bahawa Kerajaan Johor masih memantau dan melihat keadaan semasa.

    Untuk itu, Kerajaan Johor semasa melibatkan gabungan UMNO, BERSATU dan PAS masih lagi kerajaan yang sah untuk terus mentadbir negeri meskipun memiliki satu kerusi lebihan. Noktah!

    Terus mentadbir, dahulukan kemaslahatan rakyat yang sedang bergelut dengan pemulihan daripada pandemik COVID-19 dan banjir.

    Dan ini, tidak terkecuali dengan wakil-wakil rakyat dari blok pembangkang terdiri daripada DAP, AMANAH dan PKR sekiranya rakyat menjadi keutamaan mereka.

    Bagi pihak lain pula, usahlah ‘lebih sudu dari kuah’. Berikan ruang kepada Kerajaan Johor berserta wakil-wakil rakyat yang dipilih untuk berkhidmat.

    Janganlah berlebih-lebihan. Apatah lagi melakukan provokasi demi provokasi terhadap seteru politik seakan ‘tiada hari esok’. Tidak kiralah ‘orang lama’ atau ‘orang baharu’.

    Bubar Atau Terus Mentadbir?

    Cuma, Menteri Besar Johor selaku Pengerusi UMNO Johor itu sendiri perlu meletakkan suatu keputusan asas bagi situasi semasa politik Johor ini.

    Di peringkat BERSATU sendiri, parti yang ditubuhkan sejak tahun 2016 ini sentiasa meletakkan keutamaan terhadap kesejahteraan dan kemaslahatan rakyat.

    Selain terus menzahirkan sokongan terhadap Menteri Besar Johor, BERSATU kekal mendukung Kerajaan Johor sedia ada malah merasakan terdapat kewajaran untuk menangguhkan PRN Johor pada ketika ini.

    Manakala blok pembangkang Johor pula, seperti dilaporkan media seakan senada dengan BERSATU sekali gus berpendirian tidak bersetuju terhadap sebarang usaha mengadakan PRN Johor dalam masa terdekat.

    Sementara PAS pula, pandangan sarwa melihat pendirian parti ini seakan seperti kata orang putih iaitu ‘Go with the flow’.

    Walau bagaimanapun, sekiranya tiada pilihan dan pilihan raya menjadi pilihan Kerajaan Johor pimpinan Menteri Besar Johor, biarlah ia berlaku dengan ‘Cara Johor’ iaitu penuh adab dan tertib.

    Negeri Johor mempunyai seorang Sultan yang tinggi intelektual dan bitara. Sentiasa mengutamakan apa yang terbaik untuk negeri dan seisinya dengan penuh keadilan.

    Berpandukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan Perlembagaan Persekutuan, Menteri Besar Johor boleh memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan Johor bagi mendapatkan nasihat atau mempersembahkan cadangan.

    Implikasi Besar PRN Johor

    Pembubaran DUN Johor sudah pasti memberikan implikasi dari sudut polisi atau dasar, tadbir urus kerajaan dan kepimpinan di Negeri Johor pada masa akan datang.

    Dan dengan pembubaran DUN Johor ini juga, gelanggang politik dibuka untuk parti-parti politik yang berseteru bertanding mengikut amalan demokrasi.

    Kuasa dikembalikan kepada rakyat untuk memberikan mandat kepada sesiapa sahaja yang mereka percaya dan yakini mampu untuk menjadi wakil.

    Tambahan pula, DUN Johor baharu sahaja meluluskan pindaan Fasal 16, Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bagi menurunkan had umur kelayakan sebagai ADUN daripada 21 kepada 18 tahun.

    Proses ini telah membuka dengan lebih luas penglibatan ‘orang muda Johor’ dalam konteks politik sosial dan politik kepartian selepas ini.

    Apa pun, Menteri Besar Johor seeloknya juga mengadakan pertemuan bersama ketua-ketua parti dalam gabungan kerajaan terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan.

    Tanya pandangan secara bermuafakat atau ‘cara Johor’ bukan ‘cara UMNO’. Mungkin boleh bermula dengan ketua-ketua parti atau wakilnya.

    Ini kerana dalam blok kerajaan, adanya wakil rakyat BERSATU dan Pas. Dalam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor pula, adanya wakil dari BERSATU.

    Mengambil contoh, Setiausaha BERSATU Johor, Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji Jamal pada hujung Februari 2020 ketika beliau Menteri Besar Johor Ke-17.

    Dengan penuh rendah diri, menjemput wakil-wakil rakyat UMNO Johor termasuklah Pengerusi BN/UMNO Johor yang juga ADUN Benut untuk bermusyawarah bersama beberapa ADUN BERSATU.

    Berdiskusi, berkongsi pandangan dan landasan berfikir perihal pembentukan kerajaan baharu dengan tidak mengenepikan wakil rakyat PAS bagi menggantikan pentadbiran Pakatan Harapan.

    Sehinggalah, akhirnya terbentuk Kerajaan Johor baharu pimpinan Menteri Besar Johor Ke-18 yang memulakan pentadbiran pada Mac 2020.

    Tetapi, setiap manusia itu lain-lain isi hatinya. Jauh sekali tidak sama pemikiran walaupun rambut sama hitam. Namun, adab ‘orang memberi, kita merasa’. Dan, ‘orang berbudi, kita berbahasa’.

    Terpulanglah kepada Hasni selaku Ketua Eksekutif Kerajaan Johor dan Pengerusi BN/UMNO Johor.

    Perubahan Pola Pemikiran, Dinamika Politik

    Kesimpulannya, nukilan ini tidak sikit pun menghilangkan rasa hormat kepada Menteri Besar Johor dan UMNO. Malah tidak sekali pun memudarkan rasa hormat terhadap BERSATU dan PAS.

    Tidak juga memadamkan semangat demokrasi sebenar yang terpasak dalam jiwa dan sanubari ini. Ia turut merupakan terjemahan pandangan sarwa yang sentiasa utamakan agama, bangsa dan tanah air.

    Bergulat dalam politik itu bukanlah suatu yang luar biasa. Lumrah! Tetapi, tiada budi bahasa dan hormat bukan sahaja menikam sanubari, malah menjadikan diri mendabik dada.

    Kesombongan akibat kejayaan itu tiada yang kekal, sebaliknya dimurkai. Oleh itu, kemapanan fikiran pemimpin dan pendukung parti politik akan mengintepretasi dinamika politik masa kini.

    Usah narsisistik dalam suasana polemik, bimbang nanti akan mengaibkan diri dan menjadikan diri terus bermain dengan fantasi.

    Kelak apabila gelanggang sudah dibuka, bertandinglah secara sihat. Rakyat sentiasa menilai dan memerhati kelakuan ahli politik tidak kiralah ketika molek atau sumbang. Sekian dan Salam.

    Wak Jambang
    Pengamat Politik Anak Johor

    Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis. Segala pandangan di dalam artikel tidak ada kena mengena dengan pendirian infojohor.com.my sebagai penyiar.

    Info Johor
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    iJohor
    • Website

    Related Posts

    Felda: Simpanan tetap BN?

    February 20, 2022

    1001 onar UMNO: Berlagak suci, tubuh bergelumang …

    February 15, 2022

    Ledakan tsunami politik, angkat Muhyiddin jadi PM selepas PRU-15

    February 12, 2022

    PRN Johor cetuskan dilema Umno

    February 11, 2022

    Prinsip perjuangan Perikatan Nasional makin disokong, diyakini

    February 11, 2022

    Pembubaran DUN Johor Membuktikan UMNO Gagal Mentadbir

    February 9, 2022
    Add A Comment

    Leave A Reply Cancel Reply

    Hangat

    PAS akan terus santuni rakyat Johor – Haji Hadi

    By iJohorMarch 13, 2022

    JOHOR BAHRU, 13 Mac: PAS bersama Perikatan Nasional, menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor…

    SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA BANGSA JOHOR

    March 13, 2022

    Perikatan Nasional terima keputusan PRN Johor – Muhyiddin

    March 13, 2022

    JOM MENGUNDI PRN JOHOR

    March 12, 2022
    Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • Telegram
    Pilihan Terkini

    PAS akan terus santuni rakyat Johor – Haji Hadi

    March 13, 2022

    SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA BANGSA JOHOR

    March 13, 2022

    Perikatan Nasional terima keputusan PRN Johor – Muhyiddin

    March 13, 2022

    JOM MENGUNDI PRN JOHOR

    March 12, 2022

    Maklumat Terkini

    Dapatkan maklumat, berita dan info terkini dari masa ke masa melalui email anda. Subscribe sekarang!

    RUANGAN IKLAN
    Informatif, Telus, Terkini

    Dipenuhi dengan informasi yang telus dan terkini kami bawakan kepada anda sebagai pencetus kepada jaringan pengetahuan tanpa batasan.

    Emel: salam@infojohor.com.my
    Telefon: +607-244 1036

    Pilihan Terkini
    Ulasan Terkini
      Facebook Twitter Instagram YouTube TikTok Telegram
      • Utama
      • Berita
      • Rencana
      • Idea
      • Rakyat
      • Pandangan
      • Wacana
      • Arkib
      © 2022 infojohor.com.my

      Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.