MERSING, 17 Feb: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai medan terbaik kepada pengundi negeri ini untuk ‘mengajar’ golongan pemimpin parti tertentu yang sombong dan bongkak.
Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Abdullah Husin menegaskan sikap yang ditonjolkan golongan itu adalah gambaran sikap tidak baik dalam memimpin negara, sekali gus menggambarkan sesuatu yang tidak baik yang boleh berlaku pada masa akan datang.
“Sebagaimana disebutkan saudara pengacara majlis tadi bahawa sesuatu yang berlaku ini menjadi iktibar kepada kita.
“Tidak sepatutnya seseorang itu atau sesuatu golongan itu merasa sombong dan bongkak apabila dia merasakan ada kekuatan dan melupakan kawan-kawan.
“Bukan sahaja melupakan tetapi bahkan menghina kawan dan seumpamanya.
“Untuk memastikan masa depan negara kita maka kita mestilah berani membuat perubahan dan dengan izin Allah SWT dengan penyatuan dan gabungan di antara BERSATU, PAS dan GERAKAN dalam Perikatan Nasional.
“Ia satu peluang membuat yang baik kepada kita, maka kita mestilah berani membuat keputusan membuat perubahan dan dengan izin Allah SWT,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Jentera Perikatan Nasional Bahagian Mersing, di Felda Tenggaroh 3, malam tadi.
Hadir sama, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Turut hadir, Presiden Parti GERAKAN, Datuk Dominic Lau; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Dr Latiff Ahmad; dan Ketua Penerangan BERSATU Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Kredit: Penerangan BERSATU Malaysia.