JOHOR BAHRU, 9 Mac: Veteran politik, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik menempelak tema Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Malah beliau tidak fikir BN mahukan kestabilan meskipun berkata sedemikian.
Sebaliknya, ujarnya, Perikatan Nasional mahukan kemakmuran tanpa rasuah.
“Mana baik lagi? Kemakmuran tanpa rasuah, (atau) kestabilan dalam kemakmuran?
“Sebab apa, (kalau) ‘stabil’ orang diam sahaja (membenarkan kemungkaran). Dia senang mencuri, senang kaut, senang buat macam 1MDB, senang buat macam SRC.
“Macam mana nak sapu Tabung Haji, macam mana nak sapu FELDA, macam mana… jadi kita ‘stabil’. Satu konsep bodoh dalam kepimpinan,” katanya dalam temu bual eksklusif di Bilik Gerakan Utama Perikatan Nasional di sini, hari ini.
Abdul Rahim berkata, kestabilan tidak mempunyai sebarang makna sekiranya tiada kemakmuran tanpa rasuah.
“Tanpa kita mengasaskan negara kita ini, (dengan) kedaulatan undang-undang yang menjadi sendi sistem kenegaraan,” katanya.
#DemiBangsaJohor