KERAJAAN menyediakan RM25 juta kepada Yayasan Keluarga Malaysia bagi memimpin usaha melindungi kebajikan, pendidikan dan masa depan anak-anak yatim yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19.
Sebagai tambahan, kerajaan juga menyeru semua pihak khususnya sektor korporat untuk sama menyumbang demi kebajikan anak-anak terbabit.
Sejak wabak COVID-19 menjengah ke tanah kita, lebih 4,700 anak-anak telah hilang tempat bermanja apabila ibu dan bapa mereka pergi buat selamanya akibat virus ini.
Sebagai Keluarga Malaysia, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan masa depan anak-anak ini terus terjaga.
Kerajaan menggesa semua pihak tidak kira NGO, komuniti setempat, pemimpin tempatan malah syarikat korporat untuk memainkan peranan bagi memastikan kebajikan anak-anak terbabit terus terpelihara.