JOHOR BAHRU, 10 Mac: UMNO silap percaturan apabila menamakan Dato’ Puad Zarkashi sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu ini.
Ketua Penerangan Perikatan Nasional Johor, Mohd Solihan Badri yang juga calon parti itu di DUN Gambir berkata: “UMNO membuat percaturan yang silap dengan meletakkan Puad Zarkashi. Rasanya dia akan tewas di situ. Kalau dia menang pun, dia akan menjadi beban kepada UMNO Johor sama ada dia pembangkang ataupun kerajaan.
“Tapi rasanya dia (UMNO) letakkan Puad sebab menjangka BN akan menjadi pembangkang. Sebab itu, mungkin dia (UMNO) merasakan (Dato’) Hasni tidak cukup kuat sebagai Ketua Pembangkang.
“Jadi, dia (UMNO) letakkan Puad Zarkashi nak bagi heboh-heboh (ketika persidangan Dewan Undangan Negeri). Saya melihat itu saja. Saya tidak nampak sumbangan Puad. Dia pernah menjadi Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen yang tewas (pada PRU13) kemudian diangkat balik bertanding (pada PRN Johor).
“Saya tidak nampak istimewanya Puad Zarkashi selain membantai Tan Sri Muhyiddin (Yassin). Mungkin itu adalah ayam laga (Datuk Seri Ahmad) Zahid Hamidi atau siapa pun untuk UMNO bersedia menghadapi (keadaan) jika dia (BN) menjadi pembangkang.
“Kalau dia (UMNO) jadi kerajaan, dia (Puad) akan jadi MB. Takkan dia nak jadi Adun biasa… setakat nak (dapat bayaran) pencen, (dia sudah) ada semua. Takkan nak jadi Exco?
“Saya simpatilah dengan pengundi di DUN Rengit dan simpati dengan Datuk Ayub (Jamil), rakan setugas yang memang berdedikasi serta mempunyai perancangan dan sentuhan yang bagus dalam dasar-dasar kerajaan negeri,” katanya.
Semalam, Ketua Penerangan BERSATU Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan, menyatakan beliau dapat mengesan keadaan Dato’ Hasni Mohamad, yang sudah reda untuk Zahid Hamidi menamakan orang lain menjadi Menteri Besar Johor selepas PRN Johor, Sabtu ini.
Sehubungan itu, Wan Saiful berkata, selain Puad Zarkashi, beliau tidak melihat UMNO ada nama lain.
Justeru, katanya, pilihan terbaik Bangsa Johor ialah untuk mengundi Perikatan Nasional yang membariskan calon berintegriti dan berprinsip di mana keutamaan parti adalah rakyat, bukan agenda peribadi atau kekayaan peribadi.
#DemiBangsaJohor