Maklumat Terkini

    Dapatkan maklumat, berita dan info terkini dari masa ke masa melalui email anda. Subscribe sekarang!

    Pilihan Sensasi

    PAS akan terus santuni rakyat Johor – Haji Hadi

    March 13, 2022

    SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA BANGSA JOHOR

    March 13, 2022

    Perikatan Nasional terima keputusan PRN Johor – Muhyiddin

    March 13, 2022
    Facebook Twitter Instagram YouTube TikTok Telegram
    Facebook Twitter Instagram
    Info Johor Info Johor
    • Utama
    • Berita
      1. Ekonomi
      2. Global
      3. Hiburan
      4. Politik
      5. Selektif
      6. Setempat
      7. Sukan
      8. Terkini
      9. Umum
      Featured

      PAS akan terus santuni rakyat Johor – Haji Hadi

      By iJohorMarch 13, 2022
      Recent

      PAS akan terus santuni rakyat Johor – Haji Hadi

      March 13, 2022

      SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA BANGSA JOHOR

      March 13, 2022

      Perikatan Nasional terima keputusan PRN Johor – Muhyiddin

      March 13, 2022
    • Rencana
      1. Gaya Hidup
      2. Hobi
      3. Pelancongan
      4. Personaliti
      5. Sejarah
      Featured

      Nilai dan falsafah secangkir kopi Rindu Café di Simpang Wa Ha

      By Mohd Kamal AhmadJanuary 15, 2022
      Recent

      Nilai dan falsafah secangkir kopi Rindu Café di Simpang Wa Ha

      January 15, 2022

      Kolam padang bola menanti kaki pancing di Sedili

      December 26, 2021

      Wandarisnor: Pakar buat, baiki alat muzik rosak

      December 25, 2021
    • Idea
    • Rakyat
      1. Aduan
      2. Susulan
      Featured

      Lorong belakang rumah tidak diselenggara

      By iJohorOctober 15, 2021
      Recent

      Lorong belakang rumah tidak diselenggara

      October 15, 2021

      Mantapkan imej Bandaraya Johor Bahru

      October 12, 2021
    • Pandangan
      1. Editorial
      2. Kolumnis
      3. Pandangan Umum
      Featured

      Felda: Simpanan tetap BN?

      By iJohorFebruary 20, 2022
      Recent

      Felda: Simpanan tetap BN?

      February 20, 2022

      1001 onar UMNO: Berlagak suci, tubuh bergelumang …

      February 15, 2022

      Ledakan tsunami politik, angkat Muhyiddin jadi PM selepas PRU-15

      February 12, 2022
    • Wacana
      1. Diskusi
      2. Forum
      Featured

      Jangan sampai bertongkat paruh

      By iJohorOctober 26, 2021
      Recent

      Jangan sampai bertongkat paruh

      October 26, 2021

      Buka Sempadan: Singapura Terus Tutup?

      October 17, 2021
    • Arkib
      1. Koleksi Gambar
      2. Koleksi Video
      Featured
      Recent
    • Hubungi Kami
    Info Johor Info Johor
    Home»Rencana»Hobi»Wandarisnor: Pakar buat, baiki alat muzik rosak
    Hobi

    Wandarisnor: Pakar buat, baiki alat muzik rosak

    Mohd Kamal AhmadBy Mohd Kamal AhmadDecember 25, 2021No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn WhatsApp Pinterest Email

    JOHOR BAHRU, 25 Dis: Jangan buang alat-alat muzik seperti kompang, gendang dan rebana yang rosak tetapi masih boleh diselamatkan dengan membawanya ke premis Wandarisnor Kompang Baldu untuk dibaikpulih.

    Wandarisnor Kompang Baldu adalah bengkel kraftangan yang beroperasi di Perkampungan Kraf, Kompleks Kraf Johor di Jalan Cenderasari Off Jalan Datin Halimah di sini.

    Menurut pengusahanya, Mohd Ismail Abd Rahim, pelbagai alat muzik rosak telah dibaikpulih termasuk menukar kulit kompang, rebana atau gendang yang koyak dengan yang baharu. Bayaran yang dikenakan adalah RM60 untuk kompang, gedang RM380 (dua muka/bahagian) manakala rebana asli RM400.

    Katanya, menukar kulit bukan dilihat dari sudut penjimatan kos tetapi soal nilai kayu pada alat muzik lama itu yang sememangnya cukup kering dan tonasi bunyi dapat kekal.

    “Lagi lama alat muzik itu, lagi sedap bunyinya. Kami juga melaras nada bunyi alat-alat muzik,” katanya yang membuka bengkel Wandarisnor sejak 2010. Bengkel itu dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

    Setakat ini, banyak peralatan muzik tradisional termasuk gendang Cina dan India selain angklung, gamelan serta pelbagai lagi yang dibaikpulih.

    “Kami pernah juga baiki sape Sarawak, gendang Jepun dan Korea serta beduk lama di Sabah, ‘double bass’ dan banyak lagi,” katanya kepada Info Johor.

    Beliau berkata, bengkelnya membuat pelbagai alat muzik tradisional yang kebanyakan berasaskan kayu padu dan kayu sambung serta kulit.

    “Untuk gambus daripada kayu sambung, ia dibuat oleh rakan saya di Batu Pahat. Kami membuat gambus daripada kayu padu sejak tahun 2000. Ada juga gambus yang diperolehi dari Sabah,” katanya.

    Mohd Ismail berpengalaman dalam bidang itu sejak 1994 secara separuh masa dan terlibat sepenuhnya mulai 2007.

    Katanya, kompang biasanya dibuat daripada kayu halban dan sena. Harga kompang untuk saiz 6 inci dijual RM25 satu manakala 13 inci berharga RM100. Harga alat muzik seperti gendang dan rebana pula tertakluk kepada ukuran serta kualitinya.

    Bekalan kulit biasanya didapati dari pusat sembelihan di sini atau diimport mengikut keperluan.

    Memperincikan produk gambus, beliau berkata, ada yang dinamakan gambus seludang atau gambus biawak. Tempoh untuk menyiapkan sebuah gambus mengambil masa dua minggu.

    Menurutnya, gambus biasanya diperbuat daripada kayu ringan seperti pulai dan jelutong.

    “Kelebihan kayu jenis ini kerana ringan, mudah dikorek dan dibentuk,” katanya sambil memberitahu tiap satu gambus dijual antara RM800 hingga RM1,800 bergantung kepada kualiti serta reka bentuknya.

    Setakat ini, puluhan ribu kompang, gendang dan rebana serta ratusan set pelbagai alat muzik tradisional telah dijual sejak syarikat ditubuhkan.

    Mohd Ismail adalah penyambung warisan bakat dan seni ayahnya. Beliau turut belajar secara langsung dan tidak langsung daripada pembuat gendang serta alat muzik lain di sekitar Johor, Terengganu, Kedah dan Sarawak.

    “Saya juga sering ke Bandung, Jogjakarta dan Solo untuk mencari ilmu pembuatan di sana. Ada ramai pembuat di sana berbanding di Malaysia yang semakin pupus,” katanya.

    Dapatkan maklumat lanjut dalam FB – Kompang baldu.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Mohd Kamal Ahmad

    Related Posts

    Nilai dan falsafah secangkir kopi Rindu Café di Simpang Wa Ha

    January 15, 2022

    Kolam padang bola menanti kaki pancing di Sedili

    December 26, 2021

    Basikal elektrik: Pulas dan tunggang ikut kemahuan

    December 25, 2021

    Jamal Kerepek Ubi cari agen

    December 24, 2021

    Green Valley Eco Resort: Cuti bersama tersayang nikmati panorama alam

    December 18, 2021

    Inovasi dan kreativiti 43 jenis roti canai di Kota Tinggi

    December 12, 2021
    Add A Comment

    Leave A Reply Cancel Reply

    Hangat

    PAS akan terus santuni rakyat Johor – Haji Hadi

    By iJohorMarch 13, 2022

    JOHOR BAHRU, 13 Mac: PAS bersama Perikatan Nasional, menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor…

    SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA BANGSA JOHOR

    March 13, 2022

    Perikatan Nasional terima keputusan PRN Johor – Muhyiddin

    March 13, 2022

    JOM MENGUNDI PRN JOHOR

    March 12, 2022
    Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • Telegram
    Pilihan Terkini

    PAS akan terus santuni rakyat Johor – Haji Hadi

    March 13, 2022

    SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA BANGSA JOHOR

    March 13, 2022

    Perikatan Nasional terima keputusan PRN Johor – Muhyiddin

    March 13, 2022

    JOM MENGUNDI PRN JOHOR

    March 12, 2022

    Maklumat Terkini

    Dapatkan maklumat, berita dan info terkini dari masa ke masa melalui email anda. Subscribe sekarang!

    RUANGAN IKLAN
    Informatif, Telus, Terkini

    Dipenuhi dengan informasi yang telus dan terkini kami bawakan kepada anda sebagai pencetus kepada jaringan pengetahuan tanpa batasan.

    Emel: salam@infojohor.com.my
    Telefon: +607-244 1036

    Pilihan Terkini
    Ulasan Terkini
      Facebook Twitter Instagram YouTube TikTok Telegram
      • Utama
      • Berita
      • Rencana
      • Idea
      • Rakyat
      • Pandangan
      • Wacana
      • Arkib
      © 2022 infojohor.com.my

      Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.